TENTANG HRDC
AKTA PSMB 2001
Human Resource Development Corporation HRDC mengenakan PUNGUTAN LEVI Pembangunan Sumber Manusia (PSM) melalui penguatkuasaan undang-undang kepada majikan yang memenuhi syarat di Malaysia.
Levi yang dipungut digunakan untuk melatih, mengembangkan dan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan, perantis dan pelatih melalui geran latihan. CONTOHNYA HRDC CLAIMABLE COURSE
Jika syarikat anda mencarum levi HRDC, anda layak menggunakan levi caruman tersebut untuk pekerja menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan.
Majikan tidak perlu membayar yuran latihan kepada penyedia latihan untuk MENGURANGKAN BEBAN MAJIKAN.
APAKAH ITU PUNGUTAN LEVI?
Levi adalah sejumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa atau jabatan kerajaan.
Contohnya bayaran Levi yang dibayar oleh Majikan/Syarikat kepada HRDC
PELUPUSAN DANA LEVI & TAMAT TEMPOH
Section 25 of the PSMB Act 2001
- If an employer does not make any claims against the Fund within such period as may be determined by the Board from the date of its registration with the Corporation or from the date of the last financial assistance or other benefits granted by the Corporation, the employer shall lose his eligibility to receive any financial assistance or other benefits not claimed for the period.
- The period of unutilised HRD levy was revised from (5) five years to two (2) years from 1 January 2020 to increase employer investment in skills development.
Employers’ Circular No. 7/2019 Stated that Levy Contributed for Two (2) Years will be Forfeited when:
- No claims were made within Two Years (24 Months).
Pelupusan Dana Levi
- Jika majikan tidak membuat sebarang tuntutan terhadap dana levi dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga dari tarikh pendaftarannya dengan Perbadanan atau dari tarikh bantuan kewangan terakhir atau faedah lain yang diberikan oleh Perbadanan, majikan hendaklah kehilangan kelayakannya untuk menerima sebarang bantuan kewangan atau faedah lain yang tidak dituntut untuk tempoh tersebut.
- Tempoh levi HRD yang tidak digunakan telah disemak daripada (5) lima tahun kepada dua (2) tahun mulai 1 Januari 2020 untuk meningkatkan pelaburan majikan dalam pembangunan kemahiran.
Pekeliling Majikan Bilangan 7/2019 Menyatakan Levi Caruman Selama Dua (2) Tahun akan dilupuskan apabila:
- Tiada tuntutan dibuat dalam tempoh Dua Tahun (24 Bulan) .
INFO LANJUT: https://supportcentre.hrdcorp.gov.my/portal/en/kb/articles/hrd-levy-forfeiture
APAKAH ITU HRDC CLAIMABLE COURSE?
HRDC Claimable Course adalah program khusus yang dirancang untuk membantu majikan dalam melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka sesuai dengan keperluan operasi dan perniagaan.
ADAKAH SYARIKAT SAYA BERDAFTAR DENGAN HRDC?
Majikan yang mempunyai 10 atau lebih pekerja Warganegara Malaysia WAJIB mendaftar dengan HRD Corp.
Levi bulanan dikenakan pada kadar 1% daripada gaji bulanan pekerja.
Majikan yang mempunyai 5 hingga 9 pekerja Malaysia diberi PILIHAN untuk mendaftar dengan HRD Corp dan jika mereka memilih untuk mendaftar, levi bulanan dikenakan pada kadar 0.5% dari gaji bulanan pekerja.
Berdaftar atau tidak? Anda perlu bertanya dengan bahagian HR syarikat.
ADAKAH EDUFREE PENYEDIA LATIHAN KURSUS PENGENDALI MAKANAN DIBAWAH HRDC?
Ya! Kami adalah Penyedia Latihan yang berdaftar dengan HRD Corp.
Senarai Program Kami:
- Kursus Pegendalian Makanan / Food Handler Training
- Food Safety And Critical Factors of Food Poisoning
Sijil Pendaftaran HRDC Edufree:
BAGAIMANA PROSES PERMULAAN MENGGUNAKAN LEVI CARUMAN HRDC UNTUK KURSUS PENGENDALI MAKANAN?
LANGKAH 1:
Person In Charge (PIC) isikan borang pendaftaran dibawah dan isikan anggaran jumlah staff yang akan mengikuti kursus.
LANGKAH 2:
Pihak kami akan menghubungi PIC. Kami akan menerangkan proses dan membantu sehingga siap 100%
Kami bantu sehingga siap 100%. Elakkan Levi Anda Expire/Forfeited.
Daftar PERCUMA dibawah
