Denda Atau Penjara
Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009
memperuntukkan DENDA tidak melebihi RM10,000 atau PENJARA tidak melebihi 2 TAHUN jika tidak mengambil suntikan vaksin anti tifoid atau tidak memiliki sijil vaksin
Tentang Suntikan Typhoid
Apa Itu Suntikan Typhoid?
Suntikan typhoid adalah sejenis suntikan vaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit typhoid atau tifoid.
Suntikan ini bertujuan untuk merangsang sistem imunisasi badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan bakteria Salmonella typhi.
Penggunaan vaksin ini telah terbukti mampu mencegah demam kepialu dari terus merebak di banyak negara termasuk Malaysia.
Mengapa Pengendali Makanan Wajib Menerima Vaksin Typhoid?
Pengendali makanan adalah diwajibkan untuk mengambil suntikan Vaksin Typhoid untuk mencegah sebarang penyakit berjangkit yang mampu merebak melalui makanan atau minuman.
Usaha ini tidak hanya mencegah demam kepialu, tetapi beberapa penyakit lain seperti kolera dan keracunan makanan. Mereka yang gagal mematuhi garis panduan ini boleh dikenakan denda dan boleh didakwa di mahkamah.
Bilakah Pengendali Makanan Perlu Mengambil Suntikan Typhoid?
Suntikan typhoid perlu diambil sekali setiap 3 tahun oleh pengendali makanan.
Individu yang telah menerima atau mengambil suntikan tyohoid akan menerima sijil suntikan typhoid sebagai bukti.
Penguatkuasa berhak meminta untuk melihat sijil ini untuk memastikan makanan yang disediakan di premis tersebut adalah selamat.
Cara Mencegah Dari Terkena Jangkitan Demam Kepialu
Langkah-langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan oleh pengendali dan pengusaha premis makanan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:
- Mendapatkan suntikan tifoid.
- Menghadiri kursus pengendalian makanan.
- Menjaga kebersihan restoran atau premis makanan.
- Memakai penutup kepala, apron, dan kasut bertutup bagi kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan makanan.
- Memastikan hanya bahan mentah yang segar digunakan.
- Mempraktikkan proses pembekuan daging dan ayam yang betul.
- Menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan sumber air terawat.
- Masak makanan dengan sempurna hingga takat didih.
- Bahan mentah perlulah diasingkan dari bahan makanan yang telah dimasak.
- Menggunakan bekas bertutup untuk menyimpan makanan yang telah dimasak.
- Menggunakan alatan menghidang dan alatan memasak yang bersih.
- Sentiasa membasuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan atau setelah ke tandas.
- Menjaga kebersihan tandas.
- Air yang hendak digunakan untuk menyediakan minuman hendaklah dimasak dahulu atau gunakan air yang telah dirawat.
Amalan gaya hidup sihat dan penjagaan kebersihan dalam pemakanan seharian adalah penting untuk mencegah jangkitan ini.
Daftar & Dapatkan Suntikan Anda Segera!

VAKSIN TYPHOID (SEMENANJUNG)
- Semenanjung Malaysia sahaja
- Sah selama 3 tahun
- Percuma kad vaksin

VAKSIN TYPHOID (SABAH & SARAWAK)
- Negeri Sabah & Sarawak Sahaja
- Sah selama 3 tahun
- Percuma kad vaksin