Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985.

Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan secara online memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan?

Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia.

Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni?

Pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ini ialah mereka yang mengendaikan makanan untuk tujuan komersial atau jualan.

YURAN KURSUS

Yuran kursus ini di kawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu hanya RM50 sahaja.

Namun begitu, Sekolah Latihan Pengendali Makanan diberikan kelonggaran untuk mengenakan bayaran lebih daripada RM50 dengan syarat mereka memberi alasan dan sebab yang kukuh.

TEMPOH

Tempoh bagi kursus ini hanyalah 3 Jam sahaja. Namun begitu bagi kursus secara online, ia boleh mengambil tempoh sehingga 4 Jam.

KEPENTINGAN KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Sebenarnya undang-undang sudah sedia ada di dalam Akta Makanan 1985.

Kegagalan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan sekiranya di dapati bersalah boleh di kenakan hukuman denda Maksima RM10,000 atau Penjara maksima 2 Tahun atau kedua-duanya sekali.

Ramai peniaga makanan yang ambil kursus ini kerana takut akan hukuman ini namun ada kesan yang lebih buruk sekiranya pekerja-pekerja tidak mengambil kursus ini.

Keracunan Makanan– Salah mengendalikan makanan boleh menyebabkan keracunan makanan yang di akibatkan oleh demam kepialu.

Maut – Keadaan yang kritikal di sebabkan oleh keracunan makanan boleh mengakibatkan maut kepada pelanggan. Ini bukan tidak perbah terjadi, malah setiap tahun ada sahaja kes keracunan makanan yang mengakibatkan maut.

Saman – Sekiranya anda adalah seorang usahawan dan kecuaian pekerja anda menyebabkan kematian pelanggan, apa risiko yang usahawan akan hadapi? Ya, saman.

Mei tahun lalu, Kementerian Kesihatan mendedahkan kes keracunan makanan menunjukkan peningkatan 23.69 peratus iaitu 401 kes kepada 496 berbanding tahun sebelumnya.

HARIAN METRO & http://www.myhealth.gov.my/latihan-pengendali-makanan/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *